Bagi insert mikrofiber, ia boleh dicuci menggunakan air panas atau sejuk dengan menggunakan setengah sukatan pencuci yang disarankan.
Perlu diingat, jangan gunakan sebarang jenama Pelembut Fabrik kerana ia akan menyebabkan lampin kain serta insert anda kehilangan daya serapan. Bukan setakat itu sahaja, ia akan menjadi kalis air. Anda juga dilarang mencuci menggunakan Peluntur Klorin, kerana ia merosakkan fabric dan menyebabkannya reput.
Selepas membasuh, anda bolehlah mengeringkan lampin dan insert anda di penyidai atau menggunakan mesin pengering asalkan suhunya di bawah 50ยบ Celcius.
Cara menentukan sabun pencuci yang sesuai untuk lampin kain dan insert:
1) TIDAK mengandungi pelembut fabric
2) TIDAK mengandungi sebarang enzim
3) TIDAK mengandungi peluntur klorin
4) Kurang bahan pewangi
5) Senang dibilas. Kurang berbaki pada pakaian
Cara menyimpan lampin kotor sebelum cucian mesin
Menyimpan lampin dan insert kotor adalah mudah. Anda perlukan tong kecil (saiz seperti tong sampah yang mempunyai pedal kaki yang ditekan untuk membukan penutup), baldi yang mempunyai penutup, beg kalis air (wetbag), lapik baldi lampin (diaper pail liner) atau sebarang kombinasi yang anda sukai.
Caranya, buangkan najis yang ada pada lampin ke dalam mangkuk tandas. Ini boleh dilakukan dengan cara membilas lampin agar di tepi tandas.
0 comments:
Post a Comment